Jumaat, 17 Julai 2009

~RESEPI PERKAHWINAN BAHAGIA~


2kg...penuh pegangan teguh kepada Tuhan dan ajaran agama.
1kg...rasa cinta dan kasih sayang yang sentiasa membara.
1kg...rasa kesyukuran dan ketakwaan.
4cawan...rasa tanggungjawab.
3cawan...daya penambat hati (daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati...)
2cawan...penuh puji-pujian,kemesraan dan gurau senda.
2cawan...pati kemanusiaan.
2cawan...keyakinan diri masing-masing,dorongan dan sokongan.
1cawan...rasa kepuasan.
1cawan...budi bahasa.
1cawan...perasaan timbang rasa.
1cawan...tolak ansur dan toleransi atas segala kesilapan dan kelemahan-kelemahan pasangan.
2gelas...ucapanterima kasih untuk disiram selalu.
1sukatan...peruntukan kewangan yang mencukupi.
2 orang...anak kecil sekurang-kurangnya.
4cawan...penuh pengucapan maafkan daku (ini juga sangat penting untuk kita jadikan amalan diet)
secubit...campur tangan mertua. curahkan kejasama yang perlu dan persediaan kerja berpasangan dan perkongsian.

CARA MEMBUAT ATAU MENGAMALKANNYA....
1-kita adun dengan cermat semua bahan-bahan di atas dan asingkan rasa cemburu,curiga,sikap mengkritik,sikap marah dan sakit hati.
2-isikan dengan bunga-bunga cinta yang segar dan panaskan dengan bara api kesetiaan dan kejujuran.
3-hiaskan dengan dua orang anak kecil dan bolehlah ditambah mengikut selera dan kemampuan diri masing-masing.


PERINGATAN...!!!!!!
jangan sesekali dihidangkan dengan sikap dingin dan lidah yang berbisa.Makanan kalau sesedap mana pun jika dihidangkan dengan sikap dingin akan menjadi hambar.Hiaskan dengan senyuman manis penuh kasih sayang..

CADANGAN....
sesekali bawalah hidangan ini untuk di nikmati bersama di tempat peranginan ketika berbulan madu agar kemanisannya tetap kekal....
seperti juga masakan, kita mestilah menaruh serbuk perasa.Serbuk perasa resepi perkahwinan bahagia ialah keimanan,kesabaran dan kesungguhan kita untuk mencapai kebahagiaan tidak kira berapa besar pun pancaroba yang melanda.
TIP RUMAHTANGGA BAHAGIA.....
* berkasih sayang
* saling mengambil berat
* menghargai perkahwinan
* ada gurau senda
* selalu berdoa agar rumahtangga sejahtera
* saling melengkapi antara 1 sama lain
* saling percaya
* saling menghormati.
~sewaktu ceramah di sampaikan~~ustaz n ustazah yang dikagumi~
~my parent pun sedondon mcm ustaz n ustazah ni~
~my mom,ustazah bahyah n me~
note:- resepi dan segala tips2 diatas di ambil dr sebuah buku iaitu....



"HADIAH BUAT MUSLIMAH PANDUAN ASAS FIQAH WANITA"


(SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD n IDA EZAYANI OTHMAN)


buku ini dihadiahkan oleh bunda papa dyan sewaktu kami menghadiri ceramah ustazah Bahyah di Pusat Dakwah Islamiah Paroi Seremban pd tarikh 2 julai 08....

Tiada ulasan: